Sunday, September 27, 2009

Tajuk 1:Peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat

Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Generasi masa kini perlulah dididik untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Gaya hidup yang sihat bermula dengan cara pemakanan yang sihat serta seimbang. Diet makanan yang seimbang bermakna makanan harian yang mempunyai nutrisi yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Makanan tersebut haruslah mengandungi zat besi, protein, lemak, kalsium, mineral vitamin serta kandungan-kandungan yang lain dalam sukatan yang betul. Jika sukatan-sukatan kandungan ini tidak betu iaitu diambil secara berlebihan atau kurang, anak-anak akan menghadapi masalah kesihatan pada masa akan datang. Oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi cara pemakanan anak-anak mereka.

Seterusnya ibu bapa juga haruslah mengalakan anak-anak mereka untuk bersenam. Bersenam adalah kunci utama untuk gaya hidup yang sihat. Para doktor menasihatkan agar setiap orang untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Bersenam dapat melancarkan peredaran darah di dalam tubuh kita justeru mengkuatkan jantung kita.
Walaupun pada masa kini semua orang sangat sibuk dengan kerja serta persekolahan mereka namun sedikit masa haruslah diluangkan untuk bersenam agar kesihatan kita terjamin.

Ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kegiatan serta aktiviti yang kurang sihat seperti merokok dan meminum arak haruslah tidak diamalkan. Hal ini demikian kerana perbuatan tidak siahat yang diamalkan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab boleh menjadi ikutan anak-anak mereka.

Ibu bapa juga harus membawa anak-anak mereka kepada pemerikasaan doktor dari semasa ke semasa. Pada zaman moden ini, termasuk anak-anak kecil seperti kanak-kanak juga menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi kencing manis dan obesiti. Oleh itu pemerikasaan yang kerap mampu mengecam masalah-masalh seumpama ini di peringkat yang awal lagi.

Kesimpulannya para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan gaya hidup yang sihat di kalangan anak-anak mereka. Anak-anak yang sihat mampu dilahirkan jika gaya hidup sihat menjadi pegangan hidup setiap keluarga.

Tajuk 4:Peranan ibu bapa menggalakan anak-anak menceburi bidang sukan

Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini amat mementingkan keputusan akademik anak-anak mereka. Oleh itu bebanyakan daripada mereka tidak mengalakan anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti –aktiviti kokuikulum yang diadakan di sekolah. Mereka berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti seumpama ini tidak begitu penting serta hanya merugikan masa anak-anak mereka. Tambahan pula ,para pelajar pada zaman ini pula sangat sibuk menghadiri tusyen dan tidak meluangkan banyak masa untuk menghadiri aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.

Ibu bapa perlulah memgalakkan anak-anak mereka untuk sentiasa aktif dalam menceburi aktiviti kokurikulum yang dianjurkan.Hal ini demikian kerana, aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti sukan amatlah penting dalam kehidupan serta masa depan anak-anak mereka.Ibu bapa bolehlah memainkan peranan mereka dalam mengalakan anak-anak mereeka menceburi bidang sukan.

Antara peranan ibu bapa adalah, sentiasa memberikan motivasi ,tunjuk ajar serta sokongan padu untuk anak-anak mereka supaya menyertai aktiviti kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan.Antara akitiviti sukan yang terdapat di sekolah ialah badminton,bola sepak,bola tampar,bola keranjang, sepak takraw,hoki, tenis ping pong dan sebagainya.

Ibu bapa juga tidak harus memberi tekanan kepada anak-anak dalam pretasi akademik anak-anak mereka.Mereka juga tidak harus mengharapkan keputusan yang sangat cemerlang daripada anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak harus menbandingkan keputusan anak-anak dengan pelajar-pelajar yang lain. Sebaliknya,mereka harus meyokong keputusan yang dimiliki oleh anak-anak mereka. Hal ini kerana setiap anak-anak mempunyai kemampuam akademik yang berbeza.

Ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak mereka ke persatuan-persatuan sukan atau kelab-kelab sukan yang lain di luar sejak kecil lagi.Perkara ini secara tidak langsung akan menarik perhatian anak-anak mereka terhadap sukan. Justeru,anak-anak akan lebih giat lagi dalam akitiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.

Kesimpulannya, bidang sukan yang terdapat dalam aktiviti kokurikulum amatlah pernting dan berharga kepada anak-anak. Tambahan pula, pada masa kini ,untuk memasuki IPTS dan IPTA , keputusan kokurikulum turut memainkan peranan yang sangat besar. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu agar anak-anak muda pada masa kini akan lebih giat untuk menyertai aktiviti-aktivit yang seumpama ini. Ibu bapa haruslah memainkan serta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengalakkan anak-anak mereka untuk menceburi bidang sukan.

Tajuk 6:Kebaikan-kebaikan percutian bersama keluarga

Pada zaman yang moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesame ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

Selain itu,semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.

Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan haruslah percutian sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menwujudkan keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan Negara terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu ibu bapa haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi kekeluargaan.

Tajuk 13:Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin

Pada zaman ini, kehilangan kanak-kanak sering dipaparkan dalam berita serta muka depan akhbar.Situasi sebegini, membimbangkan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka.Untuk memastikan perkara macam ini daripada tidak berlaku lagi, kanak-kanak haruslah diajar mengenai keselamatan sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa haruslah menasihati anak-anak mereka agar tidak berjalan di lorong-lorong serta jalan-jalan yang sunyi secara bersendirian. Kanak-kanak haruslah digalakkan untuk sentiasa berjalan secara berkumpulan.

Ada beberapa cara-cara untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.Pertama ibu bapa perlu menyuruh anak-anak mereka agar tidak bercakap dengan orang luar yang mereka tidak kenali . Ibu bapa juga harus melarang anak-anak mereka daripada mengambil makanan serta minimuan daripada mereka yang tidak dikenali. Setiap ibu bapa juga mestilah menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas seni mempertahankan diri seperti taekwando, karate, silambam dan silat. Jika kanak-kanak tahu seni mempertahankan diri, mereka boleh pertahankan diri mereka apabila mereka didekati ddengan orang yang tidak dikenali.


Kerajaan juga perlu mengadakan kempen-kempen mengenai keselamatan kanak-kanak supaya menyedarkan ibu bapa tentang bahaya-bahaya yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak. Kerajaan bolehlah mengadakan kempen-kempen bergerak untuk kemudahan masyarakat. Kempen-kempen bergeraj sebegini juga mampu menyampaikan informasi serta maklumat ke kawasan-kawasan pedalaman.

Selain itu,pihak berkuasa seperti polis juga perlulah mengadakan rondaan secara aktif di kawasan-kawasan yang kurang dipenghuni oleh orang supaya tidak memberi peluang untuk penculik bersembunyi di tempat macam ini. Rondaan juga haruslah dilakukan pada waktu malam. Disamping itu, rondaan perlu diperbanyakan di kawasan-kawasan yang sibuk seperti pasar malam serta kawasan hiburan. Hal ini demikian tempat-tempat sebeginilah yang sering kali menjadi tempat kanak-kanak hilang.

Kerajaan perlu mestilah menjatuhkan hukuman berat yang setimpal kepada penjenayah terutamanya penculik kanak-kanak. Dengan mengenakan hukuman yang berat, orang yang tidak bertanggungjawab ini akan berasa takut untuk melakukan penculikan serta jenayah-jenayah yang lain terutamanya terhapad kana-kanak. Hukuman berat ini akan menjadi pengajaran yang bagus kepada mereka yang tidak ragu-ragu untuk melakukan kesalahan. Setiap sekolah haruslah memasang CCTV di sekitar kawasan sekolah masing-masing supaya keselamatan kanak-kanak lebih terjamin.

Kesimpulannya, kehilangan kanak-kanak ini tidak haruslah dipandang seperti perkara yang ringan. Malah haruslah ditangani dengan segera. Semua pihak haruslah berganding bahu agar masalah kehilangan kanak-kanak dapat dibasmi sama sekali

Tajuk 14:Peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan masyarakat untuk menjamin keselamatan pelajar

Pada masa ini, keselamatan para pelajar semakin terancam mahupun dirumah ataupun di sekolah. Setiap tahun ada sahaja berita mengenai kehilangan pelajar sekolah di berita dan di muka depan akhbar. Apabila berita seumpama ini kedengaran, para ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat setempat menjadi terkejut dan takut. Semua pihak akan mengambil langkah berjaga-jaga. Selepas itu keadaan akan balik seperti biasa dan semua orang akan kurang endah mengenai perkara ini sehingga adalah lagi pelajar yang hilang. Sebenarnya pihak sekolah dan masyarakatlah yang harus memainkan peranaan yang penting dalam menjamin keselamatan para pelajar selain ibu bapa.

Setiap sekolah haruslah memasang CCTV agar keselamatan para pelajar di sekolah terjamin. Jika berlaku kehilangan para pelajar di kawasan sekolah, rakaman CCTV bolehlah digunakan untuk mengetahui bagaimana pelajar boleh hilang. Kadang-kadang pelajar-pelajar sekolah akan mengikut orang yang tidak dikenali jika dipujuk. Oleh itu rakaman CCTV juga boleh menunjukan gambaran yang jelas tentang orang yang menculik pelajar tersebut.

Kawasan sekolah juga haruslah dipagar dan sentiasa dirondai agar tidak berlaku pencerobohan oleh pihak yang jahat. Pintu depan serta pintu belakang sekolah haruslah sentiasa ditutup dan diawasi mengenai orang-orang yang menggunakannya. Pegawal keselamatan yang berkerja di setiap sekolah juga tidak harus membenarkan orang yang tidak dikenali serta orang yang tidak mempunyai pas masuk daripada masuki ke dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga haruslah mengadakan program-program keselamatan dari semasa ke semasa untuk para pelajar. Program-program seumpana ini mampu mengajar dan menyedarkan para pelajar mengenai
cara-cara menjaga keselamatan diri mereka mahupundi sekolah ataupun di dunia luar.

Disamping itu, masyarakat setempat juga haruslah menjadi mata dan telinga kepada para pelajar sekolah. Selepas waktu persekolahan pelajar akan melalui kawasan perumahan,bangunan-bangunan berkedai serta lorong-lorong yang sunyi untuk balik ke rumah. Kesempatan ini boleh digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencederakan pelajar-pelajar tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu. Jika masyarakat setempat sentiasa memberi perhatian kepada para pelajar sudah tentu keselamatan pelajar boleh dijamin. Jika berlaku sebarang aktiviti mengsangsikan serta terdapat orang-orang yang urang dikenali merayau-rayau tanpa tujuan, masyarakatlah bolehlah segera melaporkannya kepada pihak polis. Hal ini demikian kerana mereka boleh merupakan orang-orang yang sedang merancang sesuatu aktiviti berbahaya. Pada kebanyakan masa pula, keselamatan para pelajar tidak terjamin. Ini adalah kerana para pelajar senang untuk diserang dan disakiti kerana mereka berbadan kecil dan senang ditakuti.

Kesimpulannya semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjamin keselamatan para pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar pada masa kini bakal membangunkan negara kita ke arah cemerlang,gemilang dan terbilang.

Tajuk 16:Kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama keluarga

Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah jarang diamalkan. Setiap orang sangat sibuk dengan kerja masing-masing dan tiada masa untuk mengamalkan amalan yang sangat baik ini. Terdapat pelbagai kebaikan dengan makan bersama-sama keluarga.

Antara kebaikannya adalah amalan sebegini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaa. Sebelum makan bersama-sama, ahli-ahli keluarga akan memasak bersama-sama untuk menyediakan makanan. Ini termasuklah ibu,bapa serta anak-anak tersayang. Semasa memasak anak-anak bolehlah membantu ibu untuk memotong sayur-sayuran serta membasuh pinggan mangkuk. Hal ini secara tidak langsung akan melahirkan suasana yang aman dan damai serta harmoni di dalam sesebuah keluarga justeru mengeratkan hubungan kekeluargaa.

Tabiat makan yang sihat juga mampu diwujudkan jika makan bersama-sama dengan keluarga. Kebanyakan orang yang bekerja seperti para ibu bapa akan makan di luar dengan kerap kali. Dengan adanya tabiat makan bersama keluarga, ibu bapa bolehlah ke rumah untuk makan bersama anak-anak tersayang. Kita semua sedia maklum bahawa makanan di luar seperti yang dijual di gerai-gerai segera serta restoran adalah kurang sihat dan tidak terjamin kebersihannya. Perkara ini boleh menjejaskan kesihatan ahli-ahli keluarga. Jika makanan disediakan di rumah serta di makan dirumah, sudah pasti kelazatan dan kebersihan makanan serta minimum tersebut terjamin.

Semasa makan bersama-sama keluarga juga, ahli-ahli keluarga boleh menggunakan masa ini untuk menanyakan khabar serta situasi di tempat kerja serta di sekolah masing-masing. Mereka juga boleh bertukar-tukar pendapat serta berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka dengan lebih terbuka. Situasi sebegini dapat mengekalkaninstitusi keluarga daripada runtuh.



Kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga adalah tidak ternilai harganya. Oleh itu setiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama dalam keuarga mereka.

Tajuk 20:Gejala sosial dalam kalangan remaja semakkin serius

Gejala sosial pada zaman ini semakin menjadi-jadi. Institusi keluargalah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini. Kebanyakaan ibu bapa pada masa kini sibuk dengan kerja mereka serta kurang menumpukan perhatian kepada hal-hal keluarga mereka. Sebenarnya ibu bapa pada zaman ini hanyalah sedang berkerja bersungguh-sungguh agar mereka dapat menyediakan kehidupan yang selesa kepada anak-anak mereka. Oleh itu mereka banyak menghabiskan masa mereka di tempat kerja daripada di rumah.

Ketika ibu bapa sibuk di tempat kerja, anak-anak di rumah terutamanya golongan remaja hilang tempat mengadu. Dengan itu remaja-remaja tersebut akan berkongsi masalah serta berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan rakan-rakan sebaya. Justeru mereka akan terikut dengan nasihat dan ajaran rakan-rakan mereka. Jika rakan-rakan sebaya mereka merupakan golongan remaja yang bermasalah, sudah tentu anak-anak remaja akan terjebak dalam gejala sosial yang kurang sihat.

Di samping itu,pada masa kini ibu bapa akan memberi wang perbelanjaan secara banyak kepada anak-anak. Sebenarnya niat ibu bapa adalah baik kerana mereka mahu ana-anak mereka gembira.Tetapi kadang-kadang golongan remaja akan menyalahguna wang perbelanjaan yang diberikan kepada perkara-perkara yang kurang penting serta tidak sihat. Contohnya golongan remaja boleh mengunakanwang tersebut untuk membeli rokok dan dalam kes yang lebih teruk lagi untuk membeli dadah. Oleh itu adalah lebih baik jika para ibu bapa memberi wang perbelanjaan dalam jumlah yang kecil dan diperlukan sahaja.

Kebanyakan ibu bapa juga pergi berkerja pada awal pagi dan balik pada lewat malam. Mereka tidak banyak mengetahui mengenai aktiviti-aktiviti anak-anak remaja mereka. Situasi sebegini boleh memberi kesempatan kepada golongan remaja untuk bebas melakukan perkara-perkara yang mereka sukai seperti melepak dan mengambil bahagian dalam perlumbaan motorsikal secara haram.

Kesimpulannya, golongan remaja terdedah kepada pelbagai perkara,masalah dan budaya yang kurang elok di dunia luar. Oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa mendidik anak-anak mereka semenjak kecil lagi agar ajaran tersebut boleh digunakan dalam kehidupam seharian. Masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dengan menjadi contoh yang baik kepada golongan remaja serta sentiasa menasihati mereka. Dengan ini masalah gejala sosial bolehlah dibendung habis-habisan sebelum ia menjadi masalah utama di kalangan remaja di negara kita.