Sunday, September 27, 2009

Tajuk 16:Kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama keluarga

Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah jarang diamalkan. Setiap orang sangat sibuk dengan kerja masing-masing dan tiada masa untuk mengamalkan amalan yang sangat baik ini. Terdapat pelbagai kebaikan dengan makan bersama-sama keluarga.

Antara kebaikannya adalah amalan sebegini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaa. Sebelum makan bersama-sama, ahli-ahli keluarga akan memasak bersama-sama untuk menyediakan makanan. Ini termasuklah ibu,bapa serta anak-anak tersayang. Semasa memasak anak-anak bolehlah membantu ibu untuk memotong sayur-sayuran serta membasuh pinggan mangkuk. Hal ini secara tidak langsung akan melahirkan suasana yang aman dan damai serta harmoni di dalam sesebuah keluarga justeru mengeratkan hubungan kekeluargaa.

Tabiat makan yang sihat juga mampu diwujudkan jika makan bersama-sama dengan keluarga. Kebanyakan orang yang bekerja seperti para ibu bapa akan makan di luar dengan kerap kali. Dengan adanya tabiat makan bersama keluarga, ibu bapa bolehlah ke rumah untuk makan bersama anak-anak tersayang. Kita semua sedia maklum bahawa makanan di luar seperti yang dijual di gerai-gerai segera serta restoran adalah kurang sihat dan tidak terjamin kebersihannya. Perkara ini boleh menjejaskan kesihatan ahli-ahli keluarga. Jika makanan disediakan di rumah serta di makan dirumah, sudah pasti kelazatan dan kebersihan makanan serta minimum tersebut terjamin.

Semasa makan bersama-sama keluarga juga, ahli-ahli keluarga boleh menggunakan masa ini untuk menanyakan khabar serta situasi di tempat kerja serta di sekolah masing-masing. Mereka juga boleh bertukar-tukar pendapat serta berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka dengan lebih terbuka. Situasi sebegini dapat mengekalkaninstitusi keluarga daripada runtuh.



Kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga adalah tidak ternilai harganya. Oleh itu setiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama dalam keuarga mereka.

No comments:

Post a Comment