Sunday, September 27, 2009

Tajuk 1:Peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat

Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Generasi masa kini perlulah dididik untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Gaya hidup yang sihat bermula dengan cara pemakanan yang sihat serta seimbang. Diet makanan yang seimbang bermakna makanan harian yang mempunyai nutrisi yang mencukupi yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Makanan tersebut haruslah mengandungi zat besi, protein, lemak, kalsium, mineral vitamin serta kandungan-kandungan yang lain dalam sukatan yang betul. Jika sukatan-sukatan kandungan ini tidak betu iaitu diambil secara berlebihan atau kurang, anak-anak akan menghadapi masalah kesihatan pada masa akan datang. Oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi cara pemakanan anak-anak mereka.

Seterusnya ibu bapa juga haruslah mengalakan anak-anak mereka untuk bersenam. Bersenam adalah kunci utama untuk gaya hidup yang sihat. Para doktor menasihatkan agar setiap orang untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Bersenam dapat melancarkan peredaran darah di dalam tubuh kita justeru mengkuatkan jantung kita.
Walaupun pada masa kini semua orang sangat sibuk dengan kerja serta persekolahan mereka namun sedikit masa haruslah diluangkan untuk bersenam agar kesihatan kita terjamin.

Ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kegiatan serta aktiviti yang kurang sihat seperti merokok dan meminum arak haruslah tidak diamalkan. Hal ini demikian kerana perbuatan tidak siahat yang diamalkan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab boleh menjadi ikutan anak-anak mereka.

Ibu bapa juga harus membawa anak-anak mereka kepada pemerikasaan doktor dari semasa ke semasa. Pada zaman moden ini, termasuk anak-anak kecil seperti kanak-kanak juga menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi kencing manis dan obesiti. Oleh itu pemerikasaan yang kerap mampu mengecam masalah-masalh seumpama ini di peringkat yang awal lagi.

Kesimpulannya para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan gaya hidup yang sihat di kalangan anak-anak mereka. Anak-anak yang sihat mampu dilahirkan jika gaya hidup sihat menjadi pegangan hidup setiap keluarga.

2 comments:

  1. Hello Patrick Dylan,

    Tahniah kerana berjaya menulis 7 buah karangan. Bagus.

    ReplyDelete