Sunday, September 27, 2009

Tajuk 14:Peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan masyarakat untuk menjamin keselamatan pelajar

Pada masa ini, keselamatan para pelajar semakin terancam mahupun dirumah ataupun di sekolah. Setiap tahun ada sahaja berita mengenai kehilangan pelajar sekolah di berita dan di muka depan akhbar. Apabila berita seumpama ini kedengaran, para ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat setempat menjadi terkejut dan takut. Semua pihak akan mengambil langkah berjaga-jaga. Selepas itu keadaan akan balik seperti biasa dan semua orang akan kurang endah mengenai perkara ini sehingga adalah lagi pelajar yang hilang. Sebenarnya pihak sekolah dan masyarakatlah yang harus memainkan peranaan yang penting dalam menjamin keselamatan para pelajar selain ibu bapa.

Setiap sekolah haruslah memasang CCTV agar keselamatan para pelajar di sekolah terjamin. Jika berlaku kehilangan para pelajar di kawasan sekolah, rakaman CCTV bolehlah digunakan untuk mengetahui bagaimana pelajar boleh hilang. Kadang-kadang pelajar-pelajar sekolah akan mengikut orang yang tidak dikenali jika dipujuk. Oleh itu rakaman CCTV juga boleh menunjukan gambaran yang jelas tentang orang yang menculik pelajar tersebut.

Kawasan sekolah juga haruslah dipagar dan sentiasa dirondai agar tidak berlaku pencerobohan oleh pihak yang jahat. Pintu depan serta pintu belakang sekolah haruslah sentiasa ditutup dan diawasi mengenai orang-orang yang menggunakannya. Pegawal keselamatan yang berkerja di setiap sekolah juga tidak harus membenarkan orang yang tidak dikenali serta orang yang tidak mempunyai pas masuk daripada masuki ke dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga haruslah mengadakan program-program keselamatan dari semasa ke semasa untuk para pelajar. Program-program seumpana ini mampu mengajar dan menyedarkan para pelajar mengenai
cara-cara menjaga keselamatan diri mereka mahupundi sekolah ataupun di dunia luar.

Disamping itu, masyarakat setempat juga haruslah menjadi mata dan telinga kepada para pelajar sekolah. Selepas waktu persekolahan pelajar akan melalui kawasan perumahan,bangunan-bangunan berkedai serta lorong-lorong yang sunyi untuk balik ke rumah. Kesempatan ini boleh digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencederakan pelajar-pelajar tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu. Jika masyarakat setempat sentiasa memberi perhatian kepada para pelajar sudah tentu keselamatan pelajar boleh dijamin. Jika berlaku sebarang aktiviti mengsangsikan serta terdapat orang-orang yang urang dikenali merayau-rayau tanpa tujuan, masyarakatlah bolehlah segera melaporkannya kepada pihak polis. Hal ini demikian kerana mereka boleh merupakan orang-orang yang sedang merancang sesuatu aktiviti berbahaya. Pada kebanyakan masa pula, keselamatan para pelajar tidak terjamin. Ini adalah kerana para pelajar senang untuk diserang dan disakiti kerana mereka berbadan kecil dan senang ditakuti.

Kesimpulannya semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjamin keselamatan para pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar pada masa kini bakal membangunkan negara kita ke arah cemerlang,gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment