Sunday, September 27, 2009

Tajuk 20:Gejala sosial dalam kalangan remaja semakkin serius

Gejala sosial pada zaman ini semakin menjadi-jadi. Institusi keluargalah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini. Kebanyakaan ibu bapa pada masa kini sibuk dengan kerja mereka serta kurang menumpukan perhatian kepada hal-hal keluarga mereka. Sebenarnya ibu bapa pada zaman ini hanyalah sedang berkerja bersungguh-sungguh agar mereka dapat menyediakan kehidupan yang selesa kepada anak-anak mereka. Oleh itu mereka banyak menghabiskan masa mereka di tempat kerja daripada di rumah.

Ketika ibu bapa sibuk di tempat kerja, anak-anak di rumah terutamanya golongan remaja hilang tempat mengadu. Dengan itu remaja-remaja tersebut akan berkongsi masalah serta berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan rakan-rakan sebaya. Justeru mereka akan terikut dengan nasihat dan ajaran rakan-rakan mereka. Jika rakan-rakan sebaya mereka merupakan golongan remaja yang bermasalah, sudah tentu anak-anak remaja akan terjebak dalam gejala sosial yang kurang sihat.

Di samping itu,pada masa kini ibu bapa akan memberi wang perbelanjaan secara banyak kepada anak-anak. Sebenarnya niat ibu bapa adalah baik kerana mereka mahu ana-anak mereka gembira.Tetapi kadang-kadang golongan remaja akan menyalahguna wang perbelanjaan yang diberikan kepada perkara-perkara yang kurang penting serta tidak sihat. Contohnya golongan remaja boleh mengunakanwang tersebut untuk membeli rokok dan dalam kes yang lebih teruk lagi untuk membeli dadah. Oleh itu adalah lebih baik jika para ibu bapa memberi wang perbelanjaan dalam jumlah yang kecil dan diperlukan sahaja.

Kebanyakan ibu bapa juga pergi berkerja pada awal pagi dan balik pada lewat malam. Mereka tidak banyak mengetahui mengenai aktiviti-aktiviti anak-anak remaja mereka. Situasi sebegini boleh memberi kesempatan kepada golongan remaja untuk bebas melakukan perkara-perkara yang mereka sukai seperti melepak dan mengambil bahagian dalam perlumbaan motorsikal secara haram.

Kesimpulannya, golongan remaja terdedah kepada pelbagai perkara,masalah dan budaya yang kurang elok di dunia luar. Oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa mendidik anak-anak mereka semenjak kecil lagi agar ajaran tersebut boleh digunakan dalam kehidupam seharian. Masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dengan menjadi contoh yang baik kepada golongan remaja serta sentiasa menasihati mereka. Dengan ini masalah gejala sosial bolehlah dibendung habis-habisan sebelum ia menjadi masalah utama di kalangan remaja di negara kita.

No comments:

Post a Comment